Muka Depan

Waktu Sekarang

 

Diary SEMESTI

August 2010 September 2010 October 2010
Monday, September 06, 2010
Picture of the Week (36)
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 35 1 2 3 4
Week 36 5 6 7 8 9 10 11
Week 37 12 13 14 15 16 17 18
Week 38 19 20 21 22 23 24 25
Week 39 26 27 28 29 30

Markah Rumah

 THETA   8225   
OMEGA 8032 
 DELTA 7768 
 SIGMA   7166  

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pelawat Online

Saat ini ada 7 tetamu online

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday199
mod_vvisit_counterYesterday275
mod_vvisit_counterThis week199
mod_vvisit_counterThis month1773
mod_vvisit_counterAll186407

Countdown SPM 2010

Ujian Penilaian Akhir Tahun
Ditulis Oleh Administrator   
Saturday, 25 October 2008
peperiksaan_akhir_tahun.jpgUjian Penilaian Akhir Tahun bagi tahun 2008 telah berlangsung selama minggu. Para pelajar menggunakan masa sebaiknya untuk menelaah pelajaran bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini. Usaha Tangga Kejayaan. Semoga mereka mencapai keputusan yang terbaik untuk diri mereka.
Kemas Kini Terakhir ( Sunday, 09 November 2008 )
 
Penilaian Menengah Rendah
Ditulis Oleh Administrator   
Wednesday, 22 October 2008
pmr.jpgPenilaian Menengah Rendah bagi sesi 2008 telah berlangsung pada 13hb Oktober 2008 sehingga 17hb Oktober 2008. Para pelajar Tingkatan 3 2008 Batch 23 telah bersedia dari aspek jasmani, mental dan rohani bagi menghadapi peperiksaan ini. Dengan berkat usaha dan doa guru-guru di SEMESTI yang tidak kenal erti penat dan lelah telah mencurahkan segala ilmu yang dimiliki kepada pelajar Tingkatan 3. Kini yang menentukan nasib pelajar Tingkatan 3 sekarang ialah komitmen mereka sama ada ingin berjaya atau tidak. Semoga mereka dapat mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.

 

Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 30 December 2008 )
 
Majlis Restu Ilmu PMR
Ditulis Oleh Administrator   
Wednesday, 22 October 2008
majlis_restu_ilmu.jpgMajlis ini diadakan di surau Al-Falah selepas solat Maghrib. Semua calon PMR bersalaman dan bermaafan sesama pelajar-pelajar lain. Majlis tahunan ini diadakan bagi mendapat keberkatan dalam menghadapi  Peperiksaan Menengah Rendah yang akan tiba beberapa hari lagi. Seterusnya, calon-calon PMR bersalaman dan bermaafan sesama mereka dalam majlis yang penuh keberkatan ini. Kemudian, kaunselor sekolah, Pak Usu dan Pak Zam memberi sedikat taklimat tenteng persediaan menghadapi peperiksaan ini. Pada keesokan harinya, para calon PMR meminta restu ilmu daripada para guru pula. Diharapkan semoga ilmu yang diturunkan diberkati oleh guru-guru.

 


Kemas Kini Terakhir ( Thursday, 06 November 2008 )
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ditulis Oleh Administrator   
Wednesday, 22 October 2008
raya08.jpgPada 1hb Oktober 2008 Masihi bersamaan 1hb Syawal 1428 Hijrah, semua umat Islam menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sempena perayaan ini, pelajar –pelajar SEMESTI telah pulang ke rumah pada 26hb September selama seminggu bagi meraikan perayaan ini. Walaupun waktu ini musim perayaan sedang rancak berlangsung, namun mereka tidak lupa untuk menelaah pelajaran terutama bagi pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan besar yang akan menjelang tidak lama lagi. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami warga SEMESTI.

 

Kemas Kini Terakhir ( Thursday, 06 November 2008 )
 
Ramadhan Al-Mubarak Menjelang Kembali !
Ditulis Oleh Administrator   
Tuesday, 21 October 2008
ramadan.jpgBersempena dengan ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak, Jabatan Kemanusiaan dengan kerjasama Lembaga Pengawas Sekolah telah merangka dan menyusun aktiviti kerohanian sepanjang bulan yang mulia ini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ini ialah Solat Terawih di Surau Al-Falah dan Tadarus Al-Quran. Tidak dilupakan juga Kuiz Agama Islam dan Forum Agama Islam turut diadakan untuk menghidupkan bulan yang mulia ini. Aktiviti ini diadakan untuk memantapkan akidah pelajar Islam SEMESTI disamping dapat memperbanyakkan amalan-amalan baik di bulan yang mulia ini. 
Kemas Kini Terakhir ( Thursday, 06 November 2008 )
 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 31 - 35 dari 37