25 November 2008, Suatu Majlis Sireh Pulang Ke Gagang telah diadakan di kantin SEMESTI bagi meraikan 100 orang pelajar Tingkatan 5 yang telah selesai menduduki peperiksaan SPM dan akan kembali kepangkuan dan jagaan ibubapa mereka semula. Di majlis tersebut pihak sekolah telah menyerah kembali anak didik mereka kepada ibubapa pelajar masing-masing setelah lima tahun berada di SEMESTI. Terbayang wajah sedih bercampur gembira di kalangan pelajar, guru dan ibubapa yang berada di dalam majlis tersebut. Seorang ibu pelajar yang sempat ditemui mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah terutama guru-guru dan warden asrama yang banyak berjasa dalam memberi ilmu dan mendisiplinkan anaknya.
Kemas Kini Terakhir ( Sunday, 27 September 2009 )
Sijil Pelajaran Malaysia
Ditulis Oleh Administrator
Tuesday, 11 November 2008
11 November 2008, bermulalah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana merupakan penentu masa depan dan hala tuju palajar Tingkatan 5 selepas keluar dari SEMESTI. Diharapkan semua pelajar Tingkatan 5 dapat menjawab peperiksaan SPM ini dengan tenang dan penuh yakin. Kami warga SEMESTI sentiasa mendoakan agar semua calon SPM memperolehi keputusan yang cemerlang, InsyaAllah.
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 23 December 2008 )
Pelajar Tingkatan Dua Kembali Ke Rahmatullah
Ditulis Oleh Administrator
Sunday, 09 November 2008
6 November 2008, seorang pelajar SEMESTI Tingkatan 2, Muhamad Nor Fadzli bin Mohd Nor telah kembali ke rahmatullah. Pemergian beliau telah mengejutkan seluruh warga sekolah ini. Beliau meninggal dunia di Hospital Teluk Intan akibat penyakit bengkak hati. Warga SEMESTI mengucapkan takziah kepada keluarga belliau dan mendoakan supaya rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin, Amin.
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 11 November 2008 )
Tayangan Filem Seluruh Negara – 1957 Hati Malaya
Ditulis Oleh fauzi
Wednesday, 05 November 2008
Biro Tatanegara selaku
Jawatankuasa Pemupukan Semangat Patriotisme telah menganjurkan tayangan
filem 1957 Hati Malaya, sebagai pengisian kepada program Semangat
Merdeka. Program ini telah dilancarkan pada 19 Ogos 2008 di Alamanda,
Putrajaya. Manakala majlis penutup program ialah pada 15 Oktober 2008. Filem
ini juga telah ditayangkan di Dewan Besar SEMESTI pada 12 Oktober 2008 bermula
9.00 malam. Tayangan filem Hati Malaya ini sebenarnya dilakukan secara serentak
di seluruh negara pada 12 Oktober 2008. Tujuan tayangan ini adalah untuk
memberi kesedaran dan pengetahuan sejarah mengenai peranan orang-orang Melayu
di dalam menuntut kemerdekaan negara kepada anak-anak muda. Biro Tatanegara
akan memperbanyakkan DVD filem ini untuk edaran kepada jabatan dan agensi
kerajaan
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 11 November 2008 )
Hari Deepavali
Ditulis Oleh Administrator
Saturday, 25 October 2008
Hari
Deepavali akan tiba pada 27 Oktober
2008. Para pelajar SEMESTI telah pulang bermalam di rumah selama 5 hari
bermula 24 Oktober sehingga 28 Oktober 2008. Para pelajar telah
menafaatkan masa cuti dengan membaca buku dan melakukan kerja yang
berfaedah bersama keluarga. Kepada penganut beragama Hindu diucapakan
"Happy Deepavali".