Muka Depan

Waktu Sekarang

 

Diary SEMESTI

August 2010 September 2010 October 2010
Friday, September 10, 2010
Picture of the Week (36)
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 35 1 2 3 4
Week 36 5 6 7 8 9 10 11
Week 37 12 13 14 15 16 17 18
Week 38 19 20 21 22 23 24 25
Week 39 26 27 28 29 30

Markah Rumah

 THETA   8225   
OMEGA 8032 
 DELTA 7768 
 SIGMA   7166  

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pelawat Online

Saat ini ada 10 tetamu online

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday184
mod_vvisit_counterYesterday258
mod_vvisit_counterThis week1219
mod_vvisit_counterThis month2793
mod_vvisit_counterAll187427

Countdown SPM 2010

Kursus Profesionalisme Guru
Ditulis Oleh fauzi   
Monday, 22 December 2008
22 Disember 2008, Seramai 60 orang guru SEMESTI telah memanfaatkan cuti sekolah dengan mengikuti Kursus Pengurusan Akademik selama 3 hari bermula 22 hingga 24 Disember 2008 bertempat di Bilik Gerakan mulai jam 8 pagi hingga 4.30  petang. Objektif kursus diadakan adalah untuk  memantapkan kefahaman guru dalam menghasilkan plan perancangan strategik. Di  antara pengisian kursus termasuklah taklimat, bengkel dan   pembentangan hasil perbincangan.  Kursus  dimulakan dengan ucap  utama  yang disampaikan oleh En Ahmad Rosidi Ramley, AMN selaku  Pengetua   SEMESTI diikuti dengan taklimat Penyediaan Perancangan  Strategik   2009 dan Penilaian SWOT Aktiviti Panitia 2008 oleh En Addenan Osman, Penolong Kanan. Kursus diteruskan dengan  Sesi  Perbengkelan Perancangan Strategik Akademik SBP 2009, Perancangan Taktikal dan Operasi Program  Kurikulum. Kursus diakhiri dengan rumusan Perbengkelan Perancangan Strategik 2009.
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 23 December 2008 )
 
Sireh Pulang Ke Gagang
Ditulis Oleh Administrator   
Saturday, 29 November 2008
majlis_restu_ilmu.jpg25 November 2008, Suatu Majlis Sireh Pulang Ke Gagang telah diadakan di kantin SEMESTI bagi meraikan 100 orang pelajar Tingkatan 5 yang telah selesai menduduki peperiksaan SPM dan akan kembali kepangkuan dan jagaan ibubapa mereka semula. Di majlis tersebut pihak sekolah telah menyerah kembali anak didik mereka kepada ibubapa pelajar masing-masing setelah lima tahun berada di SEMESTI. Terbayang wajah sedih bercampur gembira di kalangan pelajar, guru dan ibubapa yang berada di dalam majlis tersebut. Seorang ibu pelajar yang sempat ditemui mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah terutama guru-guru dan warden asrama yang banyak berjasa dalam memberi ilmu dan mendisiplinkan anaknya.
Kemas Kini Terakhir ( Sunday, 27 September 2009 )
 
Sijil Pelajaran Malaysia
Ditulis Oleh Administrator   
Tuesday, 11 November 2008
spm.gif11 November 2008, bermulalah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana merupakan penentu masa depan dan hala tuju palajar Tingkatan 5 selepas keluar dari SEMESTI. Diharapkan semua pelajar Tingkatan 5 dapat menjawab peperiksaan SPM ini dengan tenang dan penuh yakin. Kami warga SEMESTI sentiasa mendoakan agar semua calon SPM memperolehi keputusan yang cemerlang, InsyaAllah.
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 23 December 2008 )
 
Pelajar Tingkatan Dua Kembali Ke Rahmatullah
Ditulis Oleh Administrator   
Sunday, 09 November 2008
6 November 2008, seorang pelajar SEMESTI Tingkatan 2, Muhamad Nor Fadzli bin Mohd Nor telah kembali ke rahmatullah. Pemergian  beliau telah mengejutkan seluruh warga sekolah ini.  Beliau meninggal dunia di Hospital Teluk Intan akibat penyakit bengkak hati. Warga SEMESTI mengucapkan takziah kepada keluarga belliau dan mendoakan supaya rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin, Amin.
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 11 November 2008 )
 
Tayangan Filem Seluruh Negara – 1957 Hati Malaya
Ditulis Oleh fauzi   
Wednesday, 05 November 2008
hati_malaya.jpg Biro Tatanegara selaku Jawatankuasa  Pemupukan Semangat Patriotisme telah menganjurkan tayangan filem 1957 Hati Malaya, sebagai pengisian kepada program Semangat Merdeka.  Program ini telah dilancarkan pada 19 Ogos 2008 di Alamanda, Putrajaya. Manakala majlis penutup program ialah pada 15 Oktober 2008. Filem ini juga telah ditayangkan di Dewan Besar SEMESTI pada 12 Oktober 2008 bermula 9.00 malam. Tayangan filem Hati Malaya ini sebenarnya dilakukan secara serentak di seluruh negara pada 12 Oktober 2008.  Tujuan tayangan ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan sejarah mengenai peranan orang-orang Melayu di dalam menuntut kemerdekaan negara kepada anak-anak muda. Biro Tatanegara akan memperbanyakkan DVD filem ini untuk edaran kepada jabatan dan agensi kerajaan
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 11 November 2008 )
 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 25 - 29 dari 37