12 Mac 2009 - Seramai 14 orang atau 9.86% calon SPM 2008 berjaya memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Tiga orang pelajar yang berjaya mendapat 9 A1 ialah Nurul Asyikin Azwa, Nurul Jannah dan Saidatin Nadiha. Warga SEMESTI mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua calon SPM yang telah berjaya.
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 09 June 2009 )
Mesyuarat Agung PIBG Ke-24
Ditulis Oleh fauzi
Monday, 16 March 2009
Semua Ibubapa/Penjaga dijemput menghadiri MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 28 Mac 2009 jam 10 pagi bertempat di Dewan Besar SEMESTI. Sebarang usul bolehlah dikirimkan melalui anak Tuan/Puan sewaktu mereka kembali ke sekolah pada 22 Mac 2009 nanti. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Setiausaha PIBG, Cikgu Kamaruddin bin Johor di talian 019-5776991.
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 24 March 2009 )
Yuran Persekolahan 2009
Ditulis Oleh Administrator
Thursday, 01 January 2009
Bil
YURAN SEKOLAH
Dibayar awal
tahun semasa pendaftaran
1.
Insuran
Takaful
RM1.50
JUMLAH
RM1.50
Bil
BAYARAN ASRAMA
*Boleh dibayar
ansuran @ sekaligus semasa pendaftaran
1.
Bayaran
Makan RM 1 sehari
Jan
– Jun
Julai
– Nov
JUMLAH
RM250.00
Bil
BAYARAN/DERMA
PIBG
Dibayar mulai 1
Jun 2009
1.
2.
3.
4.
5.
Derma
PIBG
Kecemerlangan
Akademik
Pendaftaran
Pelajar Baru
Takaful
Tambahan
MSSM
RM30RM30
RM50
(T1,2,4)RM100 (T3,5)
RM10-
RM10RM10
RM4RM4
JUMLAH
RM104RM144
Bil
BAYARAN KOOPERASI
*Boleh bayar
ansuran @ sekaligus semasa pendaftaran
1.
Pendaftaran
Ahli Baru Sahaja
RM11
2.
Dobi
RM50
3.
Majalah
Sekolah
RM12
4.
Tayangan
RM
5
JUMLAH
RM78
Kemas Kini Terakhir ( Thursday, 01 January 2009 )
Keputusan PMR 2008
Ditulis Oleh Administrator
Monday, 29 December 2008
30 Disember 2008, Seramai 71(49.65%) pelajar berjaya memperolehi keputusan 'Straight As' bagi semua subjek dalam Peperiksaan PMR 2008 berbanding 87(62.14%) pada tahun 2007. Pencapaian pada tahun ini sedikit merosot daripada tahun lepas. Kepada pelajar yang berjaya memperolehi 'Staright As' diucapkan Tahniah dan Syabas.
Kemas Kini Terakhir ( Thursday, 01 January 2009 )
Kursus Profesionalisme Guru
Ditulis Oleh fauzi
Monday, 22 December 2008
22 Disember 2008, Seramai 60 orang guru SEMESTI telah memanfaatkan cuti sekolah dengan mengikuti Kursus Pengurusan Akademik selama 3 hari bermula 22 hingga 24 Disember 2008 bertempat di Bilik Gerakan mulai jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Objektif kursus diadakan adalah untuk memantapkan kefahaman guru dalam menghasilkan plan perancangan strategik. Di antara pengisian kursus termasuklah taklimat, bengkel dan
pembentangan hasil perbincangan. Kursus dimulakan dengan ucap utama yang
disampaikan oleh En Ahmad Rosidi Ramley, AMN selaku Pengetua SEMESTI diikuti dengan taklimat Penyediaan Perancangan Strategik 2009 dan Penilaian
SWOT Aktiviti Panitia 2008 oleh En Addenan Osman, Penolong Kanan. Kursus diteruskan dengan Sesi Perbengkelan Perancangan Strategik Akademik SBP
2009, Perancangan Taktikal dan Operasi Program Kurikulum. Kursus diakhiri
dengan rumusan Perbengkelan Perancangan Strategik 2009.