|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Saturday, 26 September 2009 |
25 September 2009 - Semua pelajar Tingkatan 3 kena pulang awal ke sekolah kerana mengikuti Kem Kecemerlangan PMR yang bermula pada 25-27/9 bertempat di Dewan Besar. Diharapkan program ini akan memantapkan lagi pengetahuan dan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan PMR pada 7 Oktober nanti. Kepada semua F3 diucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Menduduki PMR.
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Sunday, 27 September 2009 )
|
|
Program Sirih Pulang Ke Gagang 17Th Batch |
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Friday, 10 July 2009 |
10 Julai 2009 - Seramai 20 orang bekas pelajar SEMESTI Batch ke 17 menganjurkan program
Sirih Pulang ke Gagang selama 2 hari bermula 10 hingga 11 Julai. Program
ini diketuai oleh Mohd Hazrul Hazwan Badrul Hishan bersama rakan-rakan
seperjuangannya dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Unit Kurikulum. Sasaran program adalah
pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM 2009. Objektif program
adalah bertujuan memberi input kepada cabaran mengharungi laluan
berliku selepas SPM dan membina hubungan erat antara bekas pelajar
dengan warga sekolah dalam usaha membela tradisi kecemerlangan SEMESTI,
"NOTHING BUT THE BEST". Tahniah kepada Batch 17 SEMESTI.
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Sunday, 27 September 2009 )
|
|
Program Kecemerlangan PMR |
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Tuesday, 09 June 2009 |
|
8 Jun 2009 - Seramai 147 orang pelajar Tingkatan 3
mengikuti Program Kecemerlangan PMR bermula 8-14 Jun 2009 bertempat di
Dewan Besar SEMESTI. Program yang bermula jam 8 pagi sehingga 11 malam diisi dengan Ceramah Motivasi, Teknik Pembelajaran
Berkesan dan Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan. Penceramah disampaikan oleh Guru Pakar dari sekolah luar.
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Saturday, 13 June 2009 )
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Saturday, 30 May 2009 |
|
30 Mei 2009 - Lebih kurang 750 orang pelajar Tingkatan 5 dari sekolah menengah Zon Utara
mengikuti Kem Easy Maths bermula 30 Mei hingga 2 Jun bertempat di Dewan
Besar SEMESTI. Kem tersebut dianjurkan oleh Panitia Matematik Tambahan
SEMESTI dengan kerjasama En Noor
Ishak bin Mohd Salleh, Pengasas & Pencipta Kaedah EasyMaths.
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 09 June 2009 )
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Friday, 13 March 2009 |
|
12 Mac 2009 - Seramai 14 orang atau 9.86% calon SPM 2008 berjaya memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Tiga orang pelajar yang berjaya mendapat 9 A1 ialah Nurul Asyikin Azwa, Nurul Jannah dan Saidatin Nadiha. Warga SEMESTI mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua calon SPM yang telah berjaya.
|
|
Kemas Kini Terakhir ( Tuesday, 09 June 2009 )
|
|
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 Berikutnya > Akhir >>
|
| Hasil 17 - 21 dari 37 |