Sejarah | THETA | 8225 |
| OMEGA | 8032 |
| DELTA | 7768 |
| SIGMA | 7166 |
[ Tukar Kawasan ]
| Sejarah |
|
|
|
|
SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN atau SEMESTI mula dibina pada bulan September 1980. Awal tahun 1984 SEMESTI mula menerima pelajar baru. Letaknya kira-kira 13 km dari bandar Teluk Intan dan mempunyai keluasan 21.5 hektar.Pengetua yang pertama ialah Tuan Haji Noor bin Bakar PJK yang mula bertugas pada 1hb. Februari, 1984. Pada masa itu pelajarnya berjumlah 425 orang yang terdiri dari pelajar Tingkatan 1 dan 4 serta kelas Pra Universiti, AET (Australian English Test). Dalam tahun 1985 pelajar GCE ‘A’ Level memulakan pengajian mereka di sekolah ini.SEMESTI pernah mencapai rekod yang cemerlang dalam bidang akademik. Dalam keputusan peperiksaan SPM 1986, SEMESTI mencapai 100% kelulusan (180 calon mendapat Gred 1, 6 calon mendapat Gred II dan 5 calon mendapat Gred III dan merupakan keputusan SPM terbaik di Malaysia. Keputusan SPM tahun 1987 sekali lagi SEMESTI mencapai kelulusan 100% (130 calon mendapat Gred I dan 3 calon mendapat Gred II) dan merupakan keputusan kedua terbaik di Malaysia.SEMESTI bukan sahaja memastikan pelajar mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik tetapi mahu melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua bidang. Bagi tujuan tersebut SEMESTI menyediakan segala kemudahan dalam bidang permainan. olahraga, persatuan, kelab, pasukan seragam dan keagamaan. Dengan menyediakan tempat penginapan yang selesa dan kemudahan rekreasi, maka diharapkan matlamat penubuhan SEMESTI akan tercapai.
Pengetua SEMESTI
En Ahmad Rosidi Ramley, AMN
Tn.
Haji Shaharuddin bin Haji Mydin AMN,AMP
Tn Haji Hussain Haji Harun,PPT
En. Alimuddin Hj. Mohd Dom,PPT
Tn. Haji Ahamad Zabidi Shansuddin
Tn. Haji Nor Bakar,PJK
Kronologi Sejarah SEMESTI
1984 - Penyerahan kunci yang disempurnakan oleh ketua sektor SBP.
Peristiwa ini menandakan bermulanya era kegemilangan SEMESTI.
1984 - Dewan Besar
1990 - Panorama Dataran Ilmu
1990 - Dewan Makan Asrama
2008 - Dewan Besar
2008 - Asrama Putera
2008 - Gelanggang bola keranjang.
2008 - Bilik Gerakan
2008 - Bangunan Blok Pentadbiran |
Copyright © 2008 Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. All rights reserved.
Powered by Joomla!