The News | THETA | 8225 |
| OMEGA | 8032 |
| DELTA | 7768 |
| SIGMA | 7166 |
[ Tukar Kawasan ]
|
22 Disember 2008 - Seramai 60 orang guru SEMESTI telah memanfaatkan cuti sekolah dengan mengikuti Kursus Pengurusan Akademik selama 3 hari bermula 22 - 24 Disember 2008. Kursus tersebut di adakan di Bilik Gerakan bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Tujuan kursus diadakan adalah untuk memantapkan lagi pemahaman guru dalam menghasilkan perancangan strategik yang mantap dan berkesan. Di antara pengisian kursus termasuklah taklimat, bengkel dan pembentangan hasil perbincangan. Kursus dimulakan dengan ucap utama yamg disampaikan oleh En Ahmad Rosidi Ramley, AMN selaku Pengetua SEMESTI dan diikuti dengan taklimat Penyediaan Perancangan Strategik 2009 dan Penilaian SWOT Aktiviti Panitia 2008 oleh En Addenan Osman, Penolong Kanan. Seterusnya kursus diteruskan dengan Sesi Perbengkelan Perancangan Strategik Akademik SBP 2009, Perancangan Taktikal dan Operasi Program Kurikulum. Kursus diakhiri dengan rumusan Perbengkelan Perancangan Strategik 2009. |
|
|
|
Copyright © 2008 Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. All rights reserved.
Powered by Joomla!